Sama-sama lah kita hayatinya..

Cuba permainan ini untuk mengetahui adakah anda seorang pemandu yang baik.
http://www.panducermat.org.my/permainan-Adakah-Anda-Pemandu-Yang-Baik.html
Cuba juga permainan lain yang terdapat di laman tersebut.

Amalan balik kampung pada Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.

Sekarang adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk menghantar kenderaan ke bengkel servis.Pastikan enjin kereta , tayar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.

Berikut adalah lapan petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu.

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Pandu dengan berhati-hati , ingatlah orang yang tersayang di kampung.

Selamat Hari Raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.



Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat islam. Salam kemaafan dan persaudaraan daripada kami.


Terima kasih kepada Pengakap 05 Telupid kerana telah 'menyediakan' bahan-bahan untuk artikel lencana Pengakap Kanak-kanak.

Sila klik logo untuk melawat laman mereka.


Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:



  • Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan
  • Berkelakuan baik
  • Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi

KESETIAAN
  1. Lagu Patriotik
  2. Mengenali Jata Negar Malaysia dan Negeri / melipat bendera
  3. Mengetahui nama orang kenamaan
  4. Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
  5. Mengamalkan rukun agama
  6. Sambutan Hari Keputeraan
  7. Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

  1. Peraturan hidup sihat & bahagia
  2. Sakit selsema
  3. Mendapatkan bantuan kecemasan
  4. Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan
  5. Mengikat Anduh
  6. Cara-cara keselamatan di air
  7. Cara-cara belajar berenang
  8. Koleksi maklumat media


KECEKAPAN

  1. Asas perbarisan
  2. Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera
  3. Kemahiran asas permainan pasukan
    a) Sepak Raga
    ATAU
    b) Bola Baling
  4. Seni mempertahankan diri
  5. Kesegaran fizikal
  6. Latihan asas ala komando
  7. Simpulan-simpulan
  8. Mendirikan dan menurunkan khemah


PENYERTAAN

  1. Mengetahui sifat ikan
  2. Mengetahui sifat tumbuhan
  3. Pilih Salah Satu
    a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lain
    b) Membuat Patung
    c) Membuat layang-layang
    d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri
  4. Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)
    a) Membuat Mini zoo serangga
    c) Menyediakan akuariun / Terrarium
    c) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains
  5. Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)
    a) Lagu-lagu berirama Tradisi
    b) Lagu-lagu Rakyat
    c) Lagu-lagu Asli
    d) Lagu-lagu Pengakap Tradisi
    e) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa
  6. Berlakon babak cerita
  7. KoreografkanTarian Kebudayaan

PERKHIDMATAN

  1. Membersihkan kawasan
  2. Membantu ibubapa / keluarga
  3. Membantu rakan sebaya
  4. Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam
  5. Program malam Pengakap
  6. Membantu Pek bercuti
  7. Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahuan serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:



Pekerja Am
Pengurus Rumah

Penyelamat Nyawa

Ahli Pertolongan Cemas

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Perkhidmatan serta 2 dari Lencana Pengetahuan di bawah:


Ahli Olahraga



Ahli Pasukan Permainan



Ahli Sains



Pecinta Alam Semulajadi



Pembaca Peta




Pemelihara Alam Sekitar




Pengembara


KESETIAAN

  1. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
  2. Bendera Malaysia dan Negeri
  3. Lambang Pengakap Malaysia
  4. Nama orang kenamaan
  5. Persetiaan dan undang-undang Pengakap
  6. Nama Penolong Pesuruhjaya kanak-kanak dan Pesuruhjaya Daerah
  7. Sejarah ringkas perkembangan pengakap dan tokoh pengakap daerah
  8. Rukun-rukun sembahyang

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

  1. Kebersihan
  2. Kulit melecur
  3. Faedah senaman dan tujuan
  4. Cara pernafasan B-P
  5. Hidung berdarah
  6. Perawatan penyakit-penyakit kulit yang mudah berjangkit
  7. Mencuci dan membalut luka, dan lain-lain
  8. Bahaya penggunaan alat elektrik
  9. Bahayanya menggunakan ubat-ubat tanpa nasihat doktor
  10. Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

  1. Asas perbarisan
  2. Simpulan : Buku sila, bunga geti dan simpul sentak
  3. Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera
  4. Kemahiran asas permainan pasukan (a) Bola keranjang (b) Sofbal
    a) Bola Keranjang
    ATAU
    b) Sofbal
  5. Mengetahui cara mengekalkan fizikal seperti memanjat tali ATAU mengumpul sejarah keharmonian keluarga
  6. Renang dan peraturan keselamatan air ATAU bertugas dengan berbasikal :
    - Mengepos surat
    - Ke Balai Polis
    - Ke Klinik / Balai Bomba / Balai Penghulu


PENYERTAAN

  1. Mengetahui sifat burung yang hidup di udara dan di darat
  2. Mengetahui keperluan tumbuhan
  3. Makanan bersih dan keselamatan
  4. Bidang perhubungan Sains komputer ATAU Boleh mengucap / menyebut bahasa asing
  5. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian
  6. Menambah simpanan wang
  7. Menyertai tarian / nasyid


PERKHIDMATAN

  1. Mengumpulkan pakaian lama
  2. Mengetahui cara perhubungan (pilih 3 sahaja)
    a) Telefon
    b) Akhbar
    c) T.V. / Radio
    d) Isyarat kepulan asapNama orang kenamaan
    e) Pukulan gendang
    f) Kentung
    g) Tiupan wisel
    h) Semaphore
  3. Syarahan / ceramah undangan
  4. Doa keselamatan
  5. Menyimpan akuan perbelanjaan
  6. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air


Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:

Lencana Penghibur

Lencana Pembaca Buku

Lencana Pelukis

Lencana Peladang Kecil

Lencana Ahli Kraftangan

Lencana Ahli Koleksi Hobi


KESETIAAN

1. Negaraku & Lagu Negeri
2. Bendera Malaysia & Negeri
3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak
4. Rukunegara
5. Mengenali orang kenamaan
6. Persetiaan & undang-undang Pengakap
7. Hormat, isyarat dan salam pengakap
8. Nama kuasa penganjur / pemimpin
9. Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya
10. Mengetahui agama-agama di Malaysia
11. Nilai-nilai beribadat

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan
2. Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan
3. Memakai kasut / selipar / jagaan
4. Bahaya menelan pil / gula-gula
5. Bahaya bermain mata pisau
6. Mengenali penyakit kulit yang berjangkit
7. Bahaya bermain bahan letupan
8. Mendapat bantuan pertolongan
9. Peraturan lalulintas
10. Sebab utama kemalangan jalanraya
11. Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

1. Asas perbarisan
2. Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti
a) Bola Sepak
b) Bola Jaring
c) Bola Tampar
3. Memanjat tali
4. Mengguna dan menjaga pisau kecil
5. Mengetahui kawasan sendiri
6. Mengetahui pakaian seragam pengakap
7. Isyarat-isyarat pengakap
8. Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan

PENYERTAAN

1. Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)
a) Menanam pokok bunga di pasu
b) Menyubur pokok
c) membuat batas
d) Membantu / memlihara pokok
2. Cara-cara memelihara haiwan
3. Membaca buku memelihara binatang / haiwan
4. Menjadi ahli perpustakaan
5. Membuat rekaan
6. Menyembah drama / lakonan & tarian
7. Berlakon
8. Menempatkan koleksi
9. Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN

1. Membantu ibubapa di rumah
2. Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain
3. Bercerita melalui lisan / lukisan
4. Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah
5. Khidmat kemasyarakatan
6. Buku Log khidmat sukarela

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di bawah :

Lencana Ahli Penunggang Basikal


Lencana Ahli Berenang

Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.


Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :

1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
2. Prinsip Rukunegara.
3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.
4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.
5. Laung Agung.

Lencana-lencana pengakap muda


Dan cara pemakaiannya



Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Biodata BP

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941



Copyright © by Malaysia Scout Movement Portal All Rights Reserved.



Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.



Copyright © by Malaysia Scout Movement Portal All Rights Reserved.



Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap



Copyright © by Malaysia Scout Movement Portal All Rights Reserved.

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )

4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.



Copyright © by Malaysia Scout Movement Portal All Rights Reserved.

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.








Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia


Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia seperti yang dinyatakan dalam web rasmi persekutuan. Walaupun dah hampir setahun menjadi pemimpin Pengakap SKSB, tapi inilah pertama kali saya mendengar lagu rasmi pengakap malaysia. Hampir-hampir sahaja tertukar lagu dengan lagu ini.







Jika ada sesiapa tahu ini lagu apa tolonglah maklumkan kepada kami. Terima Kasih.

Lagu kebangsaan dan lagu-lagu negeri. Klik play untuk mula

Negaraku






Lagu Negeri Terengganu - Selamat Sultan







Lagu Negeri Sembilan







Lagu Negeri Sarawak - Ibu Pertiwiku







Lagu Negeri Sabah - Sabah Tanah Airku







Lagu Negeri Kelantan







Lagu Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita







Lagu Negeri Melaka - Melaka Maju Jaya







Lagu Negeri Perak







Lagu Negeri Johor - Bangsa Johor (minus one)







Lagu Negeri Kedah (minus one)







Lagu Negeri Pahang (minus one)







Lagu Negeri Perlis (minus one)







Lagu Negeri Selangor (minus one)







Semua lagu ini boleh dimuat turun melalui link Koleksi Lagu Rasmi Negeri