*Apa guna keluh kesah 2x
Pengakap tak pernah keluh kesah
Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad 2x
We are always happy together
There is no reason to be sad

*Ulang





p.s. Ini adalah untuk percubaan sahaja bitrate 32kbps



Mengaplikasikan teknologi terkini. Dengan menggunakan kemudahan blog dan kemudahan yang sedia ada di sekolah, bahan pengajaran mengenai sejarah pengakap dunia dan Malaysia kali ini diambil terus daripada blog pengakap ini.

Mesyuarat pengurusan Pengakap daerah Kulai 2010 telah diadakan pada pukul 2.30 petang tadi. Mesyuarat ini diadakan di SK Sedenak dan dipengerusikan oleh En Ramli bin Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai yang baru.

Antara agenda mesyuarat yang berkaitan dengan Pengakap SKSB adalah proses pendaftaran ahli dan penbayaran yuran tahunan pengakap 2010. Ketetapan yuran adalah seperti berikut:

  • Bayaran kumpulan = RM 10.00
  • Pemimpin dan penolong pemimpin = RM 5.00 seorang
  • Ahli Pengakap = RM 3.00 seorang

Setiap ahli yang berdaftar akan menerima satu sijil pendaftaran dan kad keahlian.


Contoh kad keahlian Pengakap

Oleh itu adalah diharapkan semua ahli Pengakap SKSB akan memberikan kerjasama dalam proses pendaftaran ahli nanti.