Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
1. TUJUAN
1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela
3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.
6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.
7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.
3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.
4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.
5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.
6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.
7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.
Bancian jumlah murid yang melawat blog ini
Hubungi Kami
Skim Lencana PKK
Lencana Keahlian
Blog Archive
SK Sinar Bahagia
-
Cabins For Sale In Michigan - Options galore as beachylake like or cabin in the woods on water like. Grand Rapids - G. Darling A Frame Homes You Can Rent In Michigan Vacation Homeins...3 years ago
-
ADAB DENGAN GURU - *Adab Bersama Guru* ------------------------------ Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika t...14 years ago
Rakan Pengakap
Kaji Selidik 1/2010
Followers
Kiraan baru bermula 20 April 2010
MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.
Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.
Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.
Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Artikel mengenai Skim Lencana PKK kini boleh didapati dalam format doc (word). Klik download untuk muat turun.
Juga boleh di muat turun melalui pautan disebelah..