Selamat bercuti buat semua ahli-ahli Pengakap SKSB. Penuhi cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna. Semoga kalian semua akan memperoleh manfaat ketika bercuti. Jangan lupa mantapkan ilmu kepengakapan anda!

Pasukan Pengakap SK Sinar Bahagia mengucapkan selamat datang kepada Encik A. Rahim bin Abdul untuk bertugas sebagai Guru Besar SK Sinar Bahagia.

Moga dengan kehadiran tuan dapat menyemarakkan lagi aktiviti kepengakapan dan menjana modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bermula 18 Mei 2011, SK Sinar Bahagia, FELDA Taib Andak, Kulaijaya akan kehilangan lagi seorang yang telah berjasa kepada warga sekolah khususnya iaitu Tuan Haji Mohd Othman bin Talib.

Tuan Haji Mohd Othman bin Talib akan mula bertugas sebagai Guru Besar di SK LKTP Bukit Ramun, Kulaijaya. Pertukaran beliau adalah atas keperluan perkhidmatan. Bagi pihak warga sekolah dan ahli Pengakap SKSB khususnya mengucapkan selamat maju jaya kepada tuan dan kenanglah kami di dalam ingatan tuan.

Semoga Berjaya!

Pasukan Pengakap SKSB bersama-sama dengan unit-unit beruniform yang lain telah sama-sama menyertai pertandingan kuiz yang diadakan semperna Up-Town Taib Andak yang dianjurkan oleh JKKK Kg Bahagia, Felda Taib Andak pada Sabtu, 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Raya Felda Taib Andak.


Para peserta mengambil tempat


Dengan penuh keyakinan pengakap memberi jawapan


Sebahagian daripada petugas pertandingan


Dan keputusannya..

Tahniah kepada Pengakap SKSB kerana memenangi pertandingan ini. Tahniah juga kepada guru-guru SKSB kerana berjaya menjayakan kuiz ini. Dan juga kepada JKKK Kg Bahagia kerana menganjurkannya.

Penjelasan mengenai ikatan-ikatan ini akan menyusul kemudian

Ikatan buku sila. Percubaan sahaja untuk menimba pengetahuan. Harap Maklum.