Pasukan Pengakap SKSB bersama-sama dengan unit-unit beruniform yang lain telah sama-sama menyertai pertandingan kuiz yang diadakan semperna Up-Town Taib Andak yang dianjurkan oleh JKKK Kg Bahagia, Felda Taib Andak pada Sabtu, 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Raya Felda Taib Andak.


Para peserta mengambil tempat


Dengan penuh keyakinan pengakap memberi jawapan


Sebahagian daripada petugas pertandingan


Dan keputusannya..

Tahniah kepada Pengakap SKSB kerana memenangi pertandingan ini. Tahniah juga kepada guru-guru SKSB kerana berjaya menjayakan kuiz ini. Dan juga kepada JKKK Kg Bahagia kerana menganjurkannya.

Penjelasan mengenai ikatan-ikatan ini akan menyusul kemudian

Ikatan buku sila. Percubaan sahaja untuk menimba pengetahuan. Harap Maklum.

Walaupun agak terlewat sedikit, tetapi akhirnya proses pendaftaran pengakap SK Sinar Bahagia telah hampir selesai. Cuma tinggal untuk dihantar kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja lagi.


Surat arahan kutipan yuran ahli



Bayaran ahli yang akan diserahkan kepada Pengakap Daerah Kulai



Blog Unit Dakwah SK Sinar Bahagia yang berwajah baru. Lebih banyak imformasi yang berguna untuk kita semua. Silalah datang dan sama-samalah kita mengembangkan syiar Islam.

Khidmat komuniti oleh PengakapSKSB





Di sebabkan gotong royong perdana diadakan pada hari ini, maka perjumpaan kali ini tidak diadakan. Pengakap SKSB juga menyertai gotong royong ini.

Di sebabkan proses penyediaan bahan berkaitan lagu-lagu hiburan masih belum selesai, maka Pengakap SKSB telah memutuskan untuk mengadakan latihan kawad kaki pada perjumpaan kali ini. Slot untuk cerita hutan dan lagu-lagu hiburan akan diadakan pada perjumpaan seterusnya.


Walaupun aktiviti tidak dapat diadakan seperti yang dirancang, ahli-ahli Pengakap SKSB tetap memberikan komitmen penuh semasa latihan kawad kaki ini, sesuai dengan motto kami iaitu "Buat Sehabis Baik".



Dan setelah melihat pengakap melakukan kawad dengan baik, pasukan PBSM SKSB telah meminta untuk berlatih bersama-sama kami. Maka latihan kawad pada hari ini menjadi latihan bersama dengan diketuai oleh pengerusi pengakap. Ia sesuai dengan persetiaan kami iaitu menolong orang pada setiap masa.



*Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik bertelur
Ayam mengeram

Ulang *

Cik Baba
Jatuh dalam parit
Cik Aminah
Ketawa jerit-jerit

Naik kereta api
Pergi Kuala Lumpur
Dapat isteri cantik
Terselit bawah dapur



Satu orang pergi
Pergi potong lalang
Satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Dua orang pergi
Pergi potong lalang
Dua orang satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Tiga orang pergi
Pergi potong lalang
Tiga orang dua orang satu orang sama sabit
Pergi potong lalang



P.s. Percubaan kedua dengan lower bitrate iaitu 32kbps



*Apa guna keluh kesah 2x
Pengakap tak pernah keluh kesah
Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad 2x
We are always happy together
There is no reason to be sad

*Ulang





p.s. Ini adalah untuk percubaan sahaja bitrate 32kbps



Mengaplikasikan teknologi terkini. Dengan menggunakan kemudahan blog dan kemudahan yang sedia ada di sekolah, bahan pengajaran mengenai sejarah pengakap dunia dan Malaysia kali ini diambil terus daripada blog pengakap ini.

Mesyuarat pengurusan Pengakap daerah Kulai 2010 telah diadakan pada pukul 2.30 petang tadi. Mesyuarat ini diadakan di SK Sedenak dan dipengerusikan oleh En Ramli bin Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai yang baru.

Antara agenda mesyuarat yang berkaitan dengan Pengakap SKSB adalah proses pendaftaran ahli dan penbayaran yuran tahunan pengakap 2010. Ketetapan yuran adalah seperti berikut:

  • Bayaran kumpulan = RM 10.00
  • Pemimpin dan penolong pemimpin = RM 5.00 seorang
  • Ahli Pengakap = RM 3.00 seorang

Setiap ahli yang berdaftar akan menerima satu sijil pendaftaran dan kad keahlian.


Contoh kad keahlian Pengakap

Oleh itu adalah diharapkan semua ahli Pengakap SKSB akan memberikan kerjasama dalam proses pendaftaran ahli nanti.

Disebabkan sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah, beberapa perjumpaan Pengakap SKSB tidak sempat di masukkan ke dalam blog ini. Ini adalah sekitar aktiviti dalam perjumpaan pada hari ini (27.3.2010)


Seperti biasa perhimpunan dimulakan dengan persetiaan dan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.


Diikuti dengan penerangan mengenai undang-undang pengakap serta makna bendera Malaysia dan Johor.


Dan diakhiri dengan nyanyian lagu Persekutuan Pengakap Malaysia.

Semua pembelajaran ini di sampaikan oleh beberapa PKK untuk mengasah skil kepimpinan dan juga kemahiran public speaking dikalangan PKK. Pemimpin PKK pula cuma menyediakan bahan untuk dipelajari. Ia selaras dengan konsep pendidikan semasa iaitu 'pembelajaran berpusatkan murid'.

Klik disini untuk download bahan untuk hari ini.

Keputusan kaji selidik 1/2010 sehingga 1 Mac 2010. Kami berharap agar dapat membantu kami dengan mengatakan pendapat anda mengenai blog kami ini. Terima kasih.
Nota : 1 untuk sangat tidak setuju, 5 untuk sangat setuju.

Adakah blog ini menarik?











Adakah kandungan blog ini berguna untuk anda?








Adakah susunan layout blog ini sesuai?


Adakah anda akan datang lagi ke blog ini?


Apa-apa sahaja yang anda mahu katakan mengenai blog ini.
test answerstukar background... sakit kepala aku...selain blog ini, blh x mskkan persatuan2 yg lain...keep up the good work !
Nickname anda
sontoyoserangge6 ismimi
Jika anda tidak keberatan anda boleh tinggalkan alamat email anda disini
<>
Number of daily responses

Pada hari Khamis, 11 Februari 2010,Pengakap SKSB telah terlibat dengan Kejohanan Olahraga SKSB 2010.

Perbarisan dan memberi tabik hormat..


Membantu pegawai kejohanan..


Dan membantu membersihkan kawasan padang setelah kejohanan selesai..

Sesungguhnya pengakap SKSB menghayati prinsip persetiaan pengakap iaitu menolong orang setiap masa...





Untuk makluman mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana terutama bagi 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja berkuatkuasa pemakaianya apabila telah dilancarkan pada tarikh tersebut. di Kuala Lumpur Mulai tahun 2010 semua calon Pengakap Raja juga dikehendaki memakai 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja versi baru. Tempahan atau penjualan lencana bolehlah melalui Scoutshop JB

Mesej anda telah kami terima. Kami akan memberi maklum balas kepada anda dalam masa terdekat. Terima kasih kerana menghubungi kami. E-mail anda amat kami hargai.




TERIMA KASIH






Pengerusi Muhd : Farhan bin Zainudin

Timbalan Pengerusi :Muhamad Fadli Iqmal

Setiausaha : Siti Nur Nabihah bt Abd Hammed

Naib Setiausaha : Raja Shahrul Eiman

Bendahari : Muhd Faiz bin Hishmuddin

AJK :

1- Nur Fitri bin Kamarul Zaide
2- Siti Nur Liyana binti Sallehuddin
3- Nur Suhaimah bt Mat Diah
4- Muhamad Alif Qayyum bin Roslan
5- Muhamad Haiqal bin Karim
6- Muhamad Erfan Shah bin Kamarul Zaide

Perjumpaan kali pertama badan-badan beruniform SKSB telah diadakan pada pukul 8.00 pagi 16 Januari 2009. Perjumpaan ini telah berjalan mengikut jadual.

Pengakap SKSB telah mengambil peluang perjumpaan ini untuk memilih jawatankuasa murid bagi sesi 2010. Pengakap SKSB juga telah diterangkan mengenai Persetiaan Pengakap dan juga undang-undangnya pada perjumpaan kali ini.


Pengerusi mengetuai bacaan persetiaan.


Dan diikuti oleh semua ahli.


Ustaz Mohd Fuad, salah seorang guru pembimbing yang baru.


Berehat selepas hampir satu jam berkawad.

Klik untuk besarkan imej