Pengakap SKSB mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Dalam bulan yang mulia ini, Pengakap SKSB tidak merancang untuk mengadakan apa-apa aktiviti untuk membolehkan murid-murid menunaikan ibadat puasa dengan jayanya.

Sepanjang bulan ini kami akan cuba menambahbaik blog kami ini. Sehingga hari ini, kami telah menambah beberapa bahan seperti lagu-lagu, piagam dan teknik ikatan serta simpulan. Semua bahan tersebut boleh dimuat turun melalui pautan disebalah...

Pada hari ini 18 Ogos 2009, blog untuk Pengakap SKSB telah mula dibina. Ia dibuat dengan tujuan untuk menimba pengalaman menguruskan blog bagi mewujudkan blog rasmi untuk Pengakap SKSB sesi 2010. Oleh itu, adalah dalam jangkaan akan terdapat banyak kecacatan dalam blog ini. Adalah menjadi harapan kami agar pengunjung yang mengunjungi blok ini memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami.

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.