Walaupun agak terlewat sedikit, tetapi akhirnya proses pendaftaran pengakap SK Sinar Bahagia telah hampir selesai. Cuma tinggal untuk dihantar kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah sahaja lagi.


Surat arahan kutipan yuran ahli



Bayaran ahli yang akan diserahkan kepada Pengakap Daerah Kulai



Blog Unit Dakwah SK Sinar Bahagia yang berwajah baru. Lebih banyak imformasi yang berguna untuk kita semua. Silalah datang dan sama-samalah kita mengembangkan syiar Islam.

Khidmat komuniti oleh PengakapSKSB





Di sebabkan gotong royong perdana diadakan pada hari ini, maka perjumpaan kali ini tidak diadakan. Pengakap SKSB juga menyertai gotong royong ini.

Di sebabkan proses penyediaan bahan berkaitan lagu-lagu hiburan masih belum selesai, maka Pengakap SKSB telah memutuskan untuk mengadakan latihan kawad kaki pada perjumpaan kali ini. Slot untuk cerita hutan dan lagu-lagu hiburan akan diadakan pada perjumpaan seterusnya.


Walaupun aktiviti tidak dapat diadakan seperti yang dirancang, ahli-ahli Pengakap SKSB tetap memberikan komitmen penuh semasa latihan kawad kaki ini, sesuai dengan motto kami iaitu "Buat Sehabis Baik".



Dan setelah melihat pengakap melakukan kawad dengan baik, pasukan PBSM SKSB telah meminta untuk berlatih bersama-sama kami. Maka latihan kawad pada hari ini menjadi latihan bersama dengan diketuai oleh pengerusi pengakap. Ia sesuai dengan persetiaan kami iaitu menolong orang pada setiap masa.



*Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga melur
Tanam tepi kolam
Itik bertelur
Ayam mengeram

Ulang *

Cik Baba
Jatuh dalam parit
Cik Aminah
Ketawa jerit-jerit

Naik kereta api
Pergi Kuala Lumpur
Dapat isteri cantik
Terselit bawah dapur



Satu orang pergi
Pergi potong lalang
Satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Dua orang pergi
Pergi potong lalang
Dua orang satu orang sama sabit
Pergi potong lalang

Tiga orang pergi
Pergi potong lalang
Tiga orang dua orang satu orang sama sabit
Pergi potong lalang



P.s. Percubaan kedua dengan lower bitrate iaitu 32kbps