Cuba permainan ini untuk mengetahui adakah anda seorang pemandu yang baik.
http://www.panducermat.org.my/permainan-Adakah-Anda-Pemandu-Yang-Baik.html
Cuba juga permainan lain yang terdapat di laman tersebut.

Amalan balik kampung pada Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.

Sekarang adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk menghantar kenderaan ke bengkel servis.Pastikan enjin kereta , tayar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.

Berikut adalah lapan petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu.

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Pandu dengan berhati-hati , ingatlah orang yang tersayang di kampung.

Selamat Hari Raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

0 comments:

Post a Comment