Mesyuarat pengurusan Pengakap daerah Kulai 2010 telah diadakan pada pukul 2.30 petang tadi. Mesyuarat ini diadakan di SK Sedenak dan dipengerusikan oleh En Ramli bin Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai yang baru.

Antara agenda mesyuarat yang berkaitan dengan Pengakap SKSB adalah proses pendaftaran ahli dan penbayaran yuran tahunan pengakap 2010. Ketetapan yuran adalah seperti berikut:

  • Bayaran kumpulan = RM 10.00
  • Pemimpin dan penolong pemimpin = RM 5.00 seorang
  • Ahli Pengakap = RM 3.00 seorang

Setiap ahli yang berdaftar akan menerima satu sijil pendaftaran dan kad keahlian.


Contoh kad keahlian Pengakap

Oleh itu adalah diharapkan semua ahli Pengakap SKSB akan memberikan kerjasama dalam proses pendaftaran ahli nanti.

0 comments:

Post a Comment