Di sebabkan proses penyediaan bahan berkaitan lagu-lagu hiburan masih belum selesai, maka Pengakap SKSB telah memutuskan untuk mengadakan latihan kawad kaki pada perjumpaan kali ini. Slot untuk cerita hutan dan lagu-lagu hiburan akan diadakan pada perjumpaan seterusnya.


Walaupun aktiviti tidak dapat diadakan seperti yang dirancang, ahli-ahli Pengakap SKSB tetap memberikan komitmen penuh semasa latihan kawad kaki ini, sesuai dengan motto kami iaitu "Buat Sehabis Baik".



Dan setelah melihat pengakap melakukan kawad dengan baik, pasukan PBSM SKSB telah meminta untuk berlatih bersama-sama kami. Maka latihan kawad pada hari ini menjadi latihan bersama dengan diketuai oleh pengerusi pengakap. Ia sesuai dengan persetiaan kami iaitu menolong orang pada setiap masa.

0 comments:

Post a Comment