Sama-sama lah kita hayatinya..
Bancian jumlah murid yang melawat blog ini
Hubungi Kami
Skim Lencana PKK
Lencana Keahlian
Blog Archive
SK Sinar Bahagia
-
Cabins For Sale In Michigan - Options galore as beachylake like or cabin in the woods on water like. Grand Rapids - G. Darling A Frame Homes You Can Rent In Michigan Vacation Homeins...4 years ago
-
ADAB DENGAN GURU - *Adab Bersama Guru* ------------------------------ Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika t...15 years ago
Rakan Pengakap
Kaji Selidik 1/2010
Followers
Kiraan baru bermula 20 April 2010
Cuba permainan ini untuk mengetahui adakah anda seorang pemandu yang baik.
http://www.panducermat.org.my/permainan-Adakah-Anda-Pemandu-Yang-Baik.html
Cuba juga permainan lain yang terdapat di laman tersebut.
Amalan balik kampung pada Hari Raya adalah satu amalan yang baik. Ia menghidup dan mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan yang dituntut oleh agama Islam.Bagi anak perantau , lambaian desa kian meruntun perasaan untuk pulang bertemu ayah, ibu dan sanak saudara menjelang Aidilfitri.Hubungan yang jauh dapat dieratkan dan sama-sama memohon kemaafan.
Sekarang adalah masa yang terbaik dan sesuai untuk menghantar kenderaan ke bengkel servis.Pastikan enjin kereta , tayar dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik supaya pemanduan tidak terganggu.Selain itu eloklah dirancang perjalanan bagi mengelakkan keadaan tergesa-gesa dan mengelakkan kesesakan di jalan raya.Hari khamis ini dijangka orang ramai akan berpusu-pusu balik ke kampung dan jumaat pula pasti kesesakan jalan raya akan bertambah teruk.
Berikut adalah lapan petua keselamatan jalan raya yang anda harus tahu.
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Sentiasa patuhi had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Selamat Hari Raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:
- Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan
- Berkelakuan baik
- Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi
KESETIAAN
- Lagu Patriotik
- Mengenali Jata Negar Malaysia dan Negeri / melipat bendera
- Mengetahui nama orang kenamaan
- Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
- Mengamalkan rukun agama
- Sambutan Hari Keputeraan
- Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
- Peraturan hidup sihat & bahagia
- Sakit selsema
- Mendapatkan bantuan kecemasan
- Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan
- Mengikat Anduh
- Cara-cara keselamatan di air
- Cara-cara belajar berenang
- Koleksi maklumat media
KECEKAPAN
- Asas perbarisan
- Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera
- Kemahiran asas permainan pasukan
a) Sepak Raga
ATAU
b) Bola Baling - Seni mempertahankan diri
- Kesegaran fizikal
- Latihan asas ala komando
- Simpulan-simpulan
- Mendirikan dan menurunkan khemah
PENYERTAAN
- Mengetahui sifat ikan
- Mengetahui sifat tumbuhan
- Pilih Salah Satu
a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lain
b) Membuat Patung
c) Membuat layang-layang
d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri - Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)
a) Membuat Mini zoo serangga
c) Menyediakan akuariun / Terrarium
c) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains - Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)
a) Lagu-lagu berirama Tradisi
b) Lagu-lagu Rakyat
c) Lagu-lagu Asli
d) Lagu-lagu Pengakap Tradisi
e) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa - Berlakon babak cerita
- KoreografkanTarian Kebudayaan
PERKHIDMATAN
- Membersihkan kawasan
- Membantu ibubapa / keluarga
- Membantu rakan sebaya
- Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam
- Program malam Pengakap
- Membantu Pek bercuti
- Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak







