*Apa guna keluh kesah 2x
Pengakap tak pernah keluh kesah
Apa guna keluh kesah

There is no reason to be sad 2x
We are always happy together
There is no reason to be sad

*Ulang





p.s. Ini adalah untuk percubaan sahaja bitrate 32kbps



Mengaplikasikan teknologi terkini. Dengan menggunakan kemudahan blog dan kemudahan yang sedia ada di sekolah, bahan pengajaran mengenai sejarah pengakap dunia dan Malaysia kali ini diambil terus daripada blog pengakap ini.

Mesyuarat pengurusan Pengakap daerah Kulai 2010 telah diadakan pada pukul 2.30 petang tadi. Mesyuarat ini diadakan di SK Sedenak dan dipengerusikan oleh En Ramli bin Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai yang baru.

Antara agenda mesyuarat yang berkaitan dengan Pengakap SKSB adalah proses pendaftaran ahli dan penbayaran yuran tahunan pengakap 2010. Ketetapan yuran adalah seperti berikut:

  • Bayaran kumpulan = RM 10.00
  • Pemimpin dan penolong pemimpin = RM 5.00 seorang
  • Ahli Pengakap = RM 3.00 seorang

Setiap ahli yang berdaftar akan menerima satu sijil pendaftaran dan kad keahlian.


Contoh kad keahlian Pengakap

Oleh itu adalah diharapkan semua ahli Pengakap SKSB akan memberikan kerjasama dalam proses pendaftaran ahli nanti.

Disebabkan sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah, beberapa perjumpaan Pengakap SKSB tidak sempat di masukkan ke dalam blog ini. Ini adalah sekitar aktiviti dalam perjumpaan pada hari ini (27.3.2010)


Seperti biasa perhimpunan dimulakan dengan persetiaan dan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.


Diikuti dengan penerangan mengenai undang-undang pengakap serta makna bendera Malaysia dan Johor.


Dan diakhiri dengan nyanyian lagu Persekutuan Pengakap Malaysia.

Semua pembelajaran ini di sampaikan oleh beberapa PKK untuk mengasah skil kepimpinan dan juga kemahiran public speaking dikalangan PKK. Pemimpin PKK pula cuma menyediakan bahan untuk dipelajari. Ia selaras dengan konsep pendidikan semasa iaitu 'pembelajaran berpusatkan murid'.

Klik disini untuk download bahan untuk hari ini.

Keputusan kaji selidik 1/2010 sehingga 1 Mac 2010. Kami berharap agar dapat membantu kami dengan mengatakan pendapat anda mengenai blog kami ini. Terima kasih.
Nota : 1 untuk sangat tidak setuju, 5 untuk sangat setuju.

Adakah blog ini menarik?











Adakah kandungan blog ini berguna untuk anda?








Adakah susunan layout blog ini sesuai?


Adakah anda akan datang lagi ke blog ini?


Apa-apa sahaja yang anda mahu katakan mengenai blog ini.
test answerstukar background... sakit kepala aku...selain blog ini, blh x mskkan persatuan2 yg lain...keep up the good work !
Nickname anda
sontoyoserangge6 ismimi
Jika anda tidak keberatan anda boleh tinggalkan alamat email anda disini
<>
Number of daily responses

Pada hari Khamis, 11 Februari 2010,Pengakap SKSB telah terlibat dengan Kejohanan Olahraga SKSB 2010.

Perbarisan dan memberi tabik hormat..


Membantu pegawai kejohanan..


Dan membantu membersihkan kawasan padang setelah kejohanan selesai..

Sesungguhnya pengakap SKSB menghayati prinsip persetiaan pengakap iaitu menolong orang setiap masa...